# الْجَوْفُ / Al-Jauf
Bahagian Rongga Mulut / Kerongkong
# Makhraj 1: Huruf Mad - ا و ي
(Huruf mad yang tidak bertanda)
Dari rongga kerongkong hingga ke rongga mulut, keluar daripadanya huruf Mad. Ia juga digelar sebagai:
- Hawa'iyah (Huruf lingkungan udara), atau
- Jaufiyah (Huruf lingkungan rongga)
kerana ketiga-tiga huruf ini berakhir dengan hembusan udara daripada paru-paru melalui saluran angin rongga kerongkong hingga rongga mulut.